Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa
bentuk pencemaran yang mengancam bumi
·
Pencemaran udara, iaitu pembebasan
bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera.
Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida,sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan
dan kilang industri.[2]
·
Pencemaran air, seperti kebocoran
dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan,
keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.[3]
·
Pencemaran tanih, iaitu peresapan
bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan
racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan
dan hakisan.[4]
·
Pencemaran bunyi yang
disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
·
Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan
yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga
memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
·
Pencemaran terma, iaitu
perubahan suhu akibat
kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana
kuasa elektrik.
·
Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan
penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku
pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula
jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.
Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak
mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
No comments:
Post a Comment